IKA NABILAH AF6 TAK TOLAK KEMUNGKINAN BERTUDUNG DALAM MASA TERDEKAT (6 FOTO)




Respect penulis pada penyanyi kelahiran AF musim keenam,Ika Nabilah yang tidak menolak kemungkinan bertudung dalam masa terdekat . 

Mengakui imej seksi pernah membalut tubuhnya suatu ketika dahulu namun kini mengenakan pakaian menjolok mata perlahan-perlahan semakin jauh ditinggalkan.

Ika Nabila comel bertudung
"Ika tidak tolak kemungkinan bertudung dalam masa terdekat ,tak ada yang mustahil dengan kehendak itu, sampai seru Ika pakai tudung,"
"Ika memang banyak koleksi tudung, keluarga pun ada yang belikan,sepupu Ika ramai yang bertudung,ada yang bagi hadiah tudung,semuanya Ika terima dan Ika amat berterima kasih untuk semua itu,"katanya.

Ika mengakui ramai teman ,saudara mara serta famili mengajaknya bertudung dan Ika mengakui wajahnya nampak 'comel' bila bertudung apatah lagi Ika bertudung dalam drama terbarunya 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna' untuk slot Akasia di TV3.

Ika Nabilah bersama Fahrin dalam drama'  Maaf Jika Aku Tak Sempurna' 
"Ika pegang watak jahat yang bertudung dalam drama tu!ha!ha!ha!,memang seronok apatah lagi Ika pakai tudung untuk watak Farah,"katanya.

Ika tidak menolak rezeki jika dia dipilih menjadi duta tudung walaupun terpaksa membataskan tingkah laku,pergaulan,percakapan serta pemakaiannya.

 "Why not!, Ika tak kisah pun, tingkah laku,pergaulan,percakapan dan pemakaian memang kena jaga pun, tengok pada kesesuaianlah,"katanya.




P/S: Cayalah Ika! walaupun Ika pernah terkena palitan gosip-gosip panas seperti isu berbikini,berkawan dengan pengkid serta gambar bogel namun penulis 'respect' kat Ika kerana rezekinya tetap murah dalam bidang seni.

Jangan peduli dengan cakap-cakap orang Ika! yang penting Ika tahu apa yang Ika buat tu BETUL ke SALAH!!
Penulis nak sangat tengok Ika bertudung litup macam artis-artis yang dah bertudung macam Datuk Siti Nurhaliza, Nealofa, Azza, Linda Rafar, Farah AF2, Nurkhiriah serta ramai lagi.

Post a Comment

0 Comments