J.ONN BLOCK PEMINAT ??
J.Onn baru-baru ini 'kecik hati ' sikit disebabkan seorang peminatnya melalui laman FB J.Onn menegurnya tentang imej rantai yang sering dipakainya setiap kali pergi 'show' di merata tempat.
J.Onn dengan jujur menegur peminat itu menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan orang lain atau peminat itu berdepan dengan tindakan di BLOCK olehnya.
Peminat itu telah pun memohon maaf dan menurutnya dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan J.Onn dan J.Onn telah bermurah hati untuk Cancel ajer dari memBLOCK peminat tersebut.
P/S :Macam tulah Papa!, Kita Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih...Penulis respect kat Papa Hot nih!!
Jom kita dengar apa kata J.Onn.
"Peminat memang ramai dikalangan Iman dan Ustazah tak bertauliah nih yang suka sangat tengok peribadi artis, Papa terima teguran peminat tapi biarlah ada batasnya, Papa tak kecik hati pun"
J.Onn tidak teragak-agak untuk BLOCK peminat yang tidak tahu menghormati dirinnya sebagai artis senior dan meminta peminat lebih berhati-hati ketika menyatakan komen di laman sosial miliknya."Hari tu Papa bukan pakai rantai emas tapi Silver hadiah dari peminat, Papa menghargai peminat dengan cara itu, baru-baru ini pun Papa ada pakai baju T-Shirts ada pix artis luar negara yang dah meninggal , Pun jadi Isu!,"
J.Onn turut menyatakan pendiriannya memakai rantai (Silver ) adalah hak individu dan J.Onn tidak mahu perkara itu diperbesar-besarkan lagi.
"Sudah-sudahlah tu, Papa tak mahu publisiti macam ni lagi, banyak lagi benda lain yang boleh ditulis"
P/S : Baguslah Papa kalau macam tu, peminat yang menegur tu mungkin terlalu sayangkan Papa kut! cuma cara dia sahaja yang salah... Kan lebih baik PM ajer pada J.Onn jika dibandingkan hantar komen kat wall...taklah satu Malaysia baca komen pedas anda pada J.Onn...Tak Gitu Papa?..Hehehehe
0 Comments