KANDUNGAN ALMY NADIA CECAH 15 MINGGU


Almy ceria di sisi suaminya Fizz Fairuz


Seronok penulis apabila berbual dengan artis cantik Almy Nadia yang kini sedang berbadan dua dan  usia kandungannya kini  sudah mencecah 15 minggu.

Almy ceria berkongsi perasaannya setelah berbadan dua hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta yang juga merupakan aktor terkenal, Fizz Fairuz.

Jom kita dengar apa kata Almy Nadia

"Alhamdulilah,segala-galanya berada dalam keadaan baik dan Almy bersyukur kandungan ini tiada masalah, muntah-muntah di peringkat awal  tu normallah,"Almy masih larat untuk  berlakon dan kalau ada 'Job'mesti Almy nak berlakon,  katanya ketika dihubungi.

Almy mengakui Fizz Fairuz banyak membantunya ketika usia kandungannya berusia 15 minggu dan buat masa ini dia lebih banyak berehat jika tiada 'job'berlakon.

P/S : Baguslah Almy kalau macam tu, jaga kandungan Almy baik-baik yer..jangan lasak sangat..mesti comel habis baby tu bila keluar nanti macam Almy Nadia dan Fizz Fairuz kan!..tak sabar penulis nak tengok!

                                                               


Almy Nadia dan Fizz Fairuz selamat melangsungkan perkahwinan empat bulan lalu   lalu setelah kedua-duanya melalui pelbagai cabaran sepanjang 8 tahun melayari  alam percintaan.








Post a Comment

0 Comments