TAGIH PROGRAM SENDIRI . "SAYA PUN ADA MARUAH !" - ABON


Sedih pulak penulis dengar kisah Juara Maharaja Lawak Mega 2011, Osbon yang sampai hari ini tiada rancangan sendiri macam kumpulan lawak lain.

Ternganga mulut penulis apabila mendapat tahu daripada mulut Abon sendiri yang Osbon tidak dilayan sebagai Juara walaupun Osbon menggungguli Maharaja Lawak Mega tiga tahun lalu. Tak patut!tak patut!..



Osbon sebuah kumpulan lawak senior, lawaknya amat menggeletek hati hinggakan penulis sendiri sampai jatuh dari kerusi ketika pertama kali tengok Abon melaram gaun pengantin dalam satu episod Maharaja Lawak Mega! Ha!Ha! Ha!.
                                          

Ada yang kata Osbon demand!, tak kurang juga yang kata Osbon dah 'kertu'...mulut puaka juga ada yang kata Os dan Abon dilahirkan terlebih dahulu dari stesyen televisyen lain sebelum nama Osbon meletup kembali di saluran Astro.

Walau apa pun cakap orang ,rezeki Osbon tetap mencurah-curah ,Saban minggu ada sahaja show korporat,dinner show,family day dan seumpama dengannya yang diterima.
Jom dengar luahan hati Abon yang berkongsi perasaan bersama penulis.
                                           
" Artis mana yang tak nak ada rancangan sendiri ,tengok ajer kumpulan lain dah macam-macam slot  yang ada, tapi Osbon sejak jadi juara hingga kini nak ada satu  program sendiri pun payah ,"
"Sedih tu ada jugak, tapi Abon tak nak meminta-minta, orang nak ( Osbon)  orang cari!..saya pun ada maruah!,"
" Osbon demand?? , bila masa  pulak Osbon demand !..Abon tak pernah berkira soal bayaran hingga function PIBG meraikan pelajar sekolah yang dapat 5A pun Abon buat..Biasanya Abon akan tanya berapa budget yang boleh penganjur beri...Kalau ratusan ringgit pun Abon terima ,"
"Jujur Abon cakap  harga show yang biasa Abon terima ialah RM5,OOO bagi show di KL dan RM8,000 bagi show di luar KL, 
"Untuk Bulan September ajer dah lebih 15 Show yang Abon terima, Alhamdulillah,"

 Abon ada pandangan sinis  mengenai program Maharaja Lawak Mega ,He!He! He!

"Kalau ada lagi lepas ni akan jadi 'Rotate' saja sebab balik-balik muka sama!Shiro, Jozan, Nabil,Bocey..sampai penonton boleh keliru, Ehh! ini dah musim ke berapa??,"
"Saya puji Astro yang membawa masuk pelawak dari negara luar kerana dengan cara itu pelawak-pelawak tempatan tak syok sendiri!".
"Banyak-banyak kumpulan lawak, saya sukakan Kumpulan Bocey sebab mereka banyak bercerita dalam kehidupan seharian,benda yang spontan ,"

P/S :  Kesian kan pada kumpulan Osbon, kenapa Osbon harus di anak tiri..lawak Osbon yang suka berpantun  tu seolah-seolah tak bernilai  untuk diberi  slot di TV....Di mana silapnya??Nasib baik Abon laku jugak untuk private Show...Sabarlah Osbon..Kalau ada rezeki tak kemana!...

Post a Comment

0 Comments