PESERTA AF2014 PERLU 'JUAL DIRI' - DATUK AC MIZAL


                                                  


Penulis  respect kat bekas pengacara AF Datuk AC Mizal yang tak lokek  berkongsi tips untuk  peserta AF musim terbaru yang mula bersiaran bulan  ini.


Walaupun Datuk AC Mizal sudah tidak lagi mengacarakan rancangan AF   namun dia  mengakui akan terus memberi sokongan kepada rancangan  paling popular di saluran Astro Ria tersebut.


P/S : Cayalah Datuk!!


Jom kita dengar 5 tips yang Datuk AC Mizal nak kongsi dengan peserta  AF2014

                                              


"Drama di  pentas ketika 'perform' itu perlu tapi jangan buat drama ketika berada di akademi, nak main-main! ,nak bercinta!, fokus pada pembelajaran kerana anda terpilih dikalangan ribuan yang datang ujibakat,"


"Setiap detik ketika di pentas anda diperhatikan dari hujung kaki hingga ke  hujung rambut,  jadikan diri anda sebagai mutiara yang lebih bersinar  dikalangan mutiara yang bersinar,"


"Gunakan platform di dalam AF untuk  menceriakan industri hiburan  selepas anda keluar, fikirkan anda adalah artis yang lain daripada biasa  yang betul-betul  boleh 'survive' selepas AF tamat,"


"Fikirkan imej anda selepas jadi artis, sebagai 'Public Figure' anda kena  bersedia untuk pelbagai kemungkinan, walau  sekadar  ke pasar pastikan  keterampilan diri  berada ditahap yang terbaik,"


"Anda kena pandai ' Jual  Diri' dan  ada hak untuk memilih yang terbaik  bagi diri sendiri  ,jangan disia-siakan peluang keemasan yang sudah  terbentang di hadapan mata,"


P/S : Dengar yer adik-adik AF semua... Jual Bakat bukan Jual Diri hehe..


Datuk AC Mizal menyebut nama Stacy AF6 dan Hafiz AF7 yang boleh  dijadikan contoh untuk diteladani  oleh  peserta AF2014.

                                               


"Stacy sangat versatile ,  semua lagu dia boleh bawak tak kira slow rock atau pop, Hafiz  pula  selepas dia menang 'award'  dalam pelbagai  anugerah , baru semua orang bukak mata dengan bakatnya,". 



P/S : Drama-drama jugak yer adik adik, tapi jangan sampai terlebih, bak  kata pengasas D'Herb tu..Terlajak Larisssss!!! Gitewww!


                                           






Post a Comment

0 Comments