Bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi beri 5 tips kepada golongan artis untuk memilih Presiden Seniman yang baharu bagi memastikan payung Seniman kali ini tidak akan bocor atau dikoyakkan oleh artis 'jahat'.
Kata Zed Zaidi
" Ahli kena pilih Presiden yang bukan sahaja boleh buat kerja diperingkat atasan malah bawahan seperti angkut kerusi meja dan kutip sampah , jangan ingat nak jadi Presiden hanya duduk dikerusi empuk dan tengok anak buah buat kerja ,"
"Ahli kena pilih Presiden yang ada 'Education' supaya ada ilmu pentadbiran dan pengurusan, tak kisahlah SPM ke STPM ke, Diploma ke,ada Ijazah lagi baik, Kalau ada kelulusan baru boleh tadbir Seniman dengan Profesional, "
"Ahli kena pilih Presiden yang boleh memperjuangkan nasib mereka secara Holistik (menyeluruh),"
"Ahli kena pilih Presiden yang boleh bela ahli dari sekecil-kecil masalah hingga sebesar-besar masalah dan yang penting masalah itu boleh diselesaikan bukan dibiarkan sampai jadi 'sampah',"
"Ahli kena pilih Presiden yang tahu membawa masalah yang releven kepada Industri Hiburan agar ahli tahu yang masalah mereka didengari hingga diperingkat Kerajaan, "
Penulis sayang benar dengan persatuan Seniman sebab Seniman ibarat payung kepada semua artis namun apabila payung itu bocor ramai artis yang basah kuyup!
Walau apa masalah yang melanda namun persatuan Seniman terus menanti kemunculan Presiden terbaru melalui AGM 14 pada 27 September ini di Finas.
Dijangka 3,000 ahli Seniman akan keluar menunaikan tanggungjawab pada 27 September ini bagi memilih Ketua yang baru setelah Presiden lamanya, Zed Zaidi atau Rozaidi Jamil digugurkan jawatan Presiden setelah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Seniman ke 14, diputuskan terbatal dan tidak sah oleh mahkamah Tinggi tahun lalu.
Keputusan mahkamah ketika itu sekali gus membawa juga pengguguran jawatan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Seniman.
P/S : Perlu diingat bukan sedikit jasa Zed Zaidi sepanjang lebih setahun menerajui Seniman..Zed Zaidi yang telah memperkenalkan imbuhan untuk golongan artis seperti caruman KWSP, pembelian rumah, kad artis 1Malaysia dan macam-,macam lagi yang penulis sendiri pun dah lupa.
:Kepada ahli Seniman, buatlah pilihan bijak ketika menyatakan sokongan anda, Penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak , cuma sebagai orang luar penulis ingin benar melihat persatuan Seniman maju ke hadapan dan tidak lagi dikecam masyarakat
sebagai persatuan yang bermasalah.
Pisau dan Timun sudah ditangan..jumpa penulis pada 27 September untuk kita bersama menyaksikan siapa yang bakal dijulang.....
0 Comments