tidak mahu melepaskan peluang untuk mengabadikan memori menyayat hati ke bentuk
karya seni seperti drama, filem mahupun teater.
Tragedi pesawat MH370 dan MH17 merupakan dua tragedi yang tidak akan
dilupakan oleh masyarakat mahupun dunia sehingga turut menarik perhatian
golongan seni seperti produser, pengarah dan pelakon untuk memperkatakannya.
Sejarah penerbitan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin sekitar
1980 an serta pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima pada 2010
memperlihatkan kisah kehidupan sebenar yang berlaku dalam masyarakat dan berjaya
dipersembahkan ke layar perak.
Misalnya, kisah Natrah memaparkan peristiwa seorang budak perempuan
bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya,
seorang warganegara Belanda sehingga mengakibatkan 18 nyawa melayang dan 200
cedera akibat Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950.
Rosli berkata tragedi pesawat MH370 dan MH17 tidak mustahil dapat difilemkan
oleh pengkarya sekiranya mereka bijak mengolah insiden itu menjadi sebuah
fiksyen yang menarik.
DIFILEMKAN
Menurutnya, realiti sebenar yang berlaku boleh divisualkan asalkan mendapat
kebenaran daripada ahli keluarga, kerajaan atau syarikat penerbangan itu
sendiri.
"Saya tidak menafikan ramai karyawan yang berminat namun mereka bimbangdengan halangan yang wujud seperti sensitiviti keluarga mangsa tragedi, mengganggu siasatan dan memburukkan nama negara," katanya ketika dihubungi.Jurey berkata kerajaan harus memberi galakan yang positif kepada setiap
penggiat seni dengan membenarkan tragedi MH370 dan MH17 dilihat dari sudut
kemanusiaan supaya penterjemahan kisah benar itu dipersembahkan dari sudut yang
menarik.
"Contohnya, pengarah boleh menggambarkan keikhlasan sukarelewan yang bekerja
siang dan malam, peranan kerajaan yang bersikap positif ketika berdepan
dengan keluarga mangsa nahas serta media asing ataupun istiadat penerimaan mayat
mangsa yang dilaksanakan dengan penuh tertib," katanya.
Jelasnya walau apa bentuk medium yang bakal dipaparkan, namun cerita
keperitan, rintihan dan kesedihan ahli keluarga mangsa boleh divisualkan asalkan
jalan ceritanya tidak lari dari kisah sebenar.
FIKSYEN
"Bagaimanapun, perlu diingat, pengkarya hanya mengambil 10 peratus daripada
kisah sebenar manakala selebihnya adalah melalui fiksyen yang lahir daripada
kreativiti pengarah dan pelakon," katanya.
Jurey menegaskan walaupun melibatkan kos yang tinggi namun dia yakin hasil
kerja mengenai tragedi MH370 dan MH17 mampu diangkat sebagai naskah agung serta
tidak mustahil mampu menyertai Festival Filem diperingkat antarabangsa di masa
depan.
memindahkan tragedi MH370 dan MH17 ke pentas teater namun memahami kesukaran
yang bakal dilalui untuk pementasan itu untuk direalisasikan.
Khusairy berkata kualiti skrip yang telah dinilai oleh pihak berwajib perlu
dititikberatkan sebelum berani mengambil risiko mementaskan tragedi MH370 dan
MH17 di dalam konsep 'monodrama'.
Jelasnya elemen kemanusiaan di dalam tragedi MH370 dan MH17 akan dapat
diketengahkan supaya mesej positif di dalam kisah itu dapat diluahkan dengan
baik.
TEATER
"Ini akan dibantu melalui aspek visual, audio, pencahayaan serta kekuatan
pelakon itu sendiri menterjemahkan setiap watak di dalam teater berkonsepkan
kesedihan ini," katanya.
Khusiary berkata menghasilkan teater daripada kisah benar memerlukan kos
yang agak tinggi iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi memastikan konsep
teater bercorak diingini mencapai matlamatnya.
Mohammed Ramli atau Musly Ramlee berkata beliau bersetuju sekiranya tragedi yang
menimpa syarikat penerbangan negara itu divisualkan tetapi mesti dilakukan dalam
tempoh lima tahun lagi.
Menurutnya tempoh itu cukup bagi mengembalikan semula ingatan kepada
masyarakat terhadap peristiwa yang meninggalkan detik hitam kepada rakyat di
negara ini.
"Tidak sesuai jika pembikinan filem, drama atau teater dilakukan sekarang,
kerana waris mangsa masih bersedih atas kehilangan orang yang
tersayang, biarlah ketika ini situasi waris diutamakan," katanya.
Musly yang sudah 20 tahun 'menjelmakan' watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
di dalam dirinya berkata menghidupkan watak individu yang telah meninggal dunia
memerlukan cabaran dari segi mental kerana tidak semua orang akan menyukainya.
"Itu satu risiko kepada watak itu, namun setiap pelakon harus bijak
meluahkan perwatakan itu bagi memberi gambaran sebenar tentang watak yang
diambil daripada kisah benar tersebut," katanya yang kini sedang sibuk membuat
persiapan Konsert Solonya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 18 Oktober
ini.
0 Comments