Perkembangan terkini seniman Datuk Mustafa Maarof dilaporkan masih KRITIKAL namun STABIL di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju .
Perkara itu disahkan oleh anak perempuannya Azlynna, 46
ketika Mat Qaypo call hari ini.
Menurut Azlynna, buat masa ini doktor masih belum dapat mengesahkan bila bapanya akan sedar dan situasinya kini
masih 50 /50.
"Datuk masih dalam ICU,"katanya pendek.
Datuk Mustafa Maarof dilaporkan mengadu mengadu sesak nafas pada 24 November lalu dan dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa lepas dan dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera untuk rawatan lanjut.
Beliau yang juga suami kepada seniwati Allahyarham Roseyatimah merupakan pelakon filem Melayu era 1950-an yang mula bertapak di Singapura. Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, beliau terkenal dengan watak putera raja termasuklah dalam filem Bawang Putih Bawang Merah. Filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.
Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Beliau juga pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Mat Qaypo doakan Datuk akan kembali sedar dan sembuh seperti sediakala.. Amin!
0 Comments